Monday, 22 May 2017

PROSEDUR UJI JANGKA HAYAT PRODUK - PENERANGAN OLEH MARDI SABAH

Prosedur utk uji jangka hayat produk di MARDI

Hari tu saya pergi MARDI Sabah di Sepanggar KK. Saya ingin buat ujian Product Nutrition untuk produk sambal MENAQ (sambal ikan masin dan sambal kicap pedas). Saya pub ambil kesempatan utk tanya tentang jangka hayat produk.

Berikut adalah penerangan daripada Puan Winda. Untuk jangka hayat produk usahawan perlu uji sendiri. Contoh kalau kita menganggarkan produk kita tahan utk setahun maka kita sediakan 12 sample.

Setiap bulan buka 1 sample dan tengok sendiri perbezaan dari segi rupa, bau dan rasa.

Contoh pada hujung bulan pertama buka sample pertama. Kalau masih ok maksudnya produk tahan sampai sebulan.

Pada hujung bulan kedua buka sample ke2.  Kalau masih ok produk tahan 2 bulan dan begitulah seterusnya.

Contohnya pada hujung bulan ke 7, bila botol ke 7 dibuka rupa atau rasa atau bau telah x sama (rosak) maka itu yg akan dimaklumkan dgn MARDI sebelum buat ujikaji lab. Selepas buat ujian sendiri baru MARDI boleh buat ujikaji.

1 comment: