Wednesday, 24 May 2017
JENIS-JENIS CILIPADI MENGIKUT ISTILAH ORANG SABAH
Hari ni saya saja² mau cerita pasal cili padi atau kalau di sabah kena panggil lada.
Sejak saya menjadi usahawan sambal MENAQ ni maka saya mula berkenalan dengan jenis-jenis lada yang ada di pasaran sabah terutama di KK ni.
Kalau kita pergi ke pasar ada beberapa jenis lada yg dijual.
Lada Karambunai adalah lada yang paling mahal harganya boleh mencecah hingga RM50 sekilo jika musim bekalan kurang dan ini jugalah lada yang saya gunakan untuk MENAQ. Lada yg mempunyai tahap kepedasan yang paling tinggi antara semua jenis lada.
Lada pondan adalah lada yang saiznya besar dan panjang. Masa muda bewarna putih dan apabila telah masak berwarna oren dan merah. Jenis lada yang kurang pedas.
Lada bulat pula saiz yang kecil sedikit daripada lada pondan tetapi badan comel sikit (tembam) berbanding lada pondan. Lebih pedas berbanding lada pondan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lada karambunai mcm mna rupanya?
ReplyDeleteBoleh ke post gambar lada karambunai
ReplyDelete