Wednesday, 24 May 2017
JENIS-JENIS CILIPADI MENGIKUT ISTILAH ORANG SABAH
Hari ni saya saja² mau cerita pasal cili padi atau kalau di sabah kena panggil lada.
Sejak saya menjadi usahawan sambal MENAQ ni maka saya mula berkenalan dengan jenis-jenis lada yang ada di pasaran sabah terutama di KK ni.
Kalau kita pergi ke pasar ada beberapa jenis lada yg dijual.
Lada Karambunai adalah lada yang paling mahal harganya boleh mencecah hingga RM50 sekilo jika musim bekalan kurang dan ini jugalah lada yang saya gunakan untuk MENAQ. Lada yg mempunyai tahap kepedasan yang paling tinggi antara semua jenis lada.
Lada pondan adalah lada yang saiznya besar dan panjang. Masa muda bewarna putih dan apabila telah masak berwarna oren dan merah. Jenis lada yang kurang pedas.
Lada bulat pula saiz yang kecil sedikit daripada lada pondan tetapi badan comel sikit (tembam) berbanding lada pondan. Lebih pedas berbanding lada pondan.
APA ISTIMEWANYA SAMBAL MENAQ
Sambal MENAQ dicipta untuk membantu mereka yang kurang rasa dan kepuasan ketika menikmati makanan khususnya pencinta-pencinta makanan pedas. Orang yang makan pedas ni walau betapa lazat pun makanan yang dihidangkan namun jika makanan tidak pedas akan terasa ada sesuatu yang kurang. Oleh itu dengan adanya MENAQ akan membuatkan mereka merasa puas dan nikmat disamping menjimatkan masa mereka untuk menyediakan sambal yang lazat dan sedap.
MENAQ Pedas Nikmat!!!
Masalahnya kebanyakan produk sambal di pasaran tidak pedas. Amat jarang kita temui produk sambal yang pedas menyengat. Oleh itu MENAQ dicipta untuk membantu memudahkan pencinta-pencinta makanan pedas menikmati sambal ikan masin dan sambal kicap dengan penuh kepuasan.

Monday, 22 May 2017
PROSEDUR UJI JANGKA HAYAT PRODUK - PENERANGAN OLEH MARDI SABAH
Prosedur utk uji jangka hayat produk di MARDI
Hari tu saya pergi MARDI Sabah di Sepanggar KK. Saya ingin buat ujian Product Nutrition untuk produk sambal MENAQ (sambal ikan masin dan sambal kicap pedas). Saya pub ambil kesempatan utk tanya tentang jangka hayat produk.
Berikut adalah penerangan daripada Puan Winda. Untuk jangka hayat produk usahawan perlu uji sendiri. Contoh kalau kita menganggarkan produk kita tahan utk setahun maka kita sediakan 12 sample.
Setiap bulan buka 1 sample dan tengok sendiri perbezaan dari segi rupa, bau dan rasa.
Contoh pada hujung bulan pertama buka sample pertama. Kalau masih ok maksudnya produk tahan sampai sebulan.
Pada hujung bulan kedua buka sample ke2. Kalau masih ok produk tahan 2 bulan dan begitulah seterusnya.
Contohnya pada hujung bulan ke 7, bila botol ke 7 dibuka rupa atau rasa atau bau telah x sama (rosak) maka itu yg akan dimaklumkan dgn MARDI sebelum buat ujikaji lab. Selepas buat ujian sendiri baru MARDI boleh buat ujikaji.

Subscribe to:
Posts (Atom)