Wednesday, 24 May 2017

JENIS-JENIS CILIPADI MENGIKUT ISTILAH ORANG SABAH


Hari ni saya saja² mau cerita pasal cili padi atau kalau di sabah kena panggil lada.

Sejak saya menjadi usahawan sambal MENAQ ni maka saya mula berkenalan dengan jenis-jenis lada yang ada di pasaran sabah terutama di KK ni.

Kalau kita pergi ke pasar ada beberapa jenis lada yg dijual.

Lada Karambunai adalah lada yang paling mahal harganya boleh mencecah hingga RM50 sekilo jika musim bekalan kurang dan ini jugalah lada yang saya gunakan untuk MENAQ.  Lada yg mempunyai tahap kepedasan yang paling tinggi antara semua jenis lada.

Lada pondan adalah lada yang saiznya besar dan panjang. Masa muda bewarna putih dan apabila telah masak berwarna oren dan merah. Jenis lada yang kurang pedas.

Lada bulat pula saiz yang kecil sedikit daripada lada pondan tetapi badan comel sikit (tembam) berbanding lada pondan. Lebih pedas berbanding lada pondan.

APA ISTIMEWANYA SAMBAL MENAQ

Sambal MENAQ dicipta untuk membantu mereka yang kurang rasa dan kepuasan ketika menikmati makanan khususnya pencinta-pencinta makanan pedas. Orang yang makan pedas ni walau betapa lazat pun makanan yang dihidangkan namun jika makanan tidak pedas akan terasa ada sesuatu yang kurang. Oleh itu dengan adanya MENAQ akan membuatkan mereka merasa puas dan nikmat disamping menjimatkan masa mereka untuk menyediakan sambal yang lazat dan sedap.

MENAQ Pedas Nikmat!!!

Masalahnya kebanyakan produk sambal di pasaran tidak pedas. Amat jarang kita temui produk sambal yang pedas menyengat. Oleh itu MENAQ dicipta untuk membantu memudahkan pencinta-pencinta makanan pedas menikmati sambal ikan masin dan sambal kicap dengan penuh kepuasan.


Monday, 22 May 2017

PROSEDUR UJI JANGKA HAYAT PRODUK - PENERANGAN OLEH MARDI SABAH

Prosedur utk uji jangka hayat produk di MARDI

Hari tu saya pergi MARDI Sabah di Sepanggar KK. Saya ingin buat ujian Product Nutrition untuk produk sambal MENAQ (sambal ikan masin dan sambal kicap pedas). Saya pub ambil kesempatan utk tanya tentang jangka hayat produk.

Berikut adalah penerangan daripada Puan Winda. Untuk jangka hayat produk usahawan perlu uji sendiri. Contoh kalau kita menganggarkan produk kita tahan utk setahun maka kita sediakan 12 sample.

Setiap bulan buka 1 sample dan tengok sendiri perbezaan dari segi rupa, bau dan rasa.

Contoh pada hujung bulan pertama buka sample pertama. Kalau masih ok maksudnya produk tahan sampai sebulan.

Pada hujung bulan kedua buka sample ke2.  Kalau masih ok produk tahan 2 bulan dan begitulah seterusnya.

Contohnya pada hujung bulan ke 7, bila botol ke 7 dibuka rupa atau rasa atau bau telah x sama (rosak) maka itu yg akan dimaklumkan dgn MARDI sebelum buat ujikaji lab. Selepas buat ujian sendiri baru MARDI boleh buat ujikaji.

Tuesday, 22 November 2016

SAMBAL IKAN MASIN MENAQ

Alhamdulillah label pun dah siap maka dengan rasminya Perniagaan Sambal Ikan Masin pun bermula. Memang dah mula pun sebelum ini tapi bermula hari ini sambal ikan masin akan menggunakan botol kaca untuk menjamin kualiti makanan. Saya pengedar barangan Tupperware maka saya tahulah bekas plastik biasa kurang sesuai untuk menyimpan makanan dalam jangka masa yang lama kerana bahan kimia boleh dipindahkan ke atas makanan tersebut.

Maka terhasillah packaging terbaru dan terkini bagi Sambal Ikan Masin MENAQ...

Sambal Ikan Masin MENAQ
Harga : RM10 Sebotol

Sambal Ikan Masin MENAQ pastinya membuka selera anda. Sangat sedap boleh dinikmati dimana-mana. Nak buat tapi tak tahan bau dan tidak ada masa jangan risau MENAQ bersedia membantu anda...order saja bila-bila masa...

Whatsapp 0168319506



Sunday, 25 September 2016

SILAP DAN TERUS BUAT SILAP


Baru-baru ini buat pertama kalinya aku membuat contest di Page Rina Tupperware 2U sempena aku happy dapat ilmu Dr Azizan. Contest tersebut adalah Teka Berapa Biji Tomato dlm bekas Tupperware.  Maka contest pun berlangsunglah selama 3 hari saja. Dipendekkan cerita ramailah yang join dan memberikan jawapan.

Cara nak menang?
1) Like page Rina Tupperware
2) Berikan jawapan di ruangan komen
3) Share post tersebut.

Adakah Anda Telah Buat Silap dan Akan Terus Buat Silap???

Manusia ni memang sangat sukakan benda free dan sangat teruja bila ada peraduan-peraduan seperti tersebut. Cumanya akibat terlalu gelojoh dan tidak sabar menjawab maka ada yang terus menjawab tanpa memahami dulu cara nak menang. Ada yang disuruh like page Rina Tupperware namun sebaliknya hanya like post peraduan tersebut. Adakah anda faham erti Like Page Rina Tupperware dan Like Post Ini? hehe.... Akibatnya walaupun ada yang memberikan jawapan yang tepat namun terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi syarat peraduan hehe....

Berapa kali sudah anda menyertai peraduan-peraduan seperti ini? Adakah anda pernah menang? Berapa kali sudah anda tidak mempedulikan cara nak menang tapi hanya terus bagi jawapan?

Jika anda sering mengikut peraduan tanpa memahami syarat2 peraduan maka anda telah melakukan kesilapan itu berulang kali....melakukan kesilapan itu bagus kerana kita boleh perbaiki sesuatu akibat kesilapan itu tapi mengulangi kesilapan yang sama berulang kali akan membawa kepada kegagalan. Itulah mentor I pernah kata dan melekat terus di kepala ni...

Kadang-kadang kita terlupa kita selalu membuat silap dalam sesuatu hal namun tidak berusaha memperbaikinya....kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk menegur kita kerana kita tidak sedar dengan kesilapan kita....itulah Dr.Azizan ajar dalam IMKK dan MMM. Saya terus sedar apa kesillapan  yang dibuat dan insya allah berusaha untuk memperbaikinya dan bukan mengulangi kesilapan yang sama...

Bagi anda semua...jom sama2 baiki kesilapan...tapi dengan elmu ya...

Salam Kejayaan,
Rina

Friday, 23 September 2016

PENGEDAR SAH TUPPERWARE YANG MEMBANTU ANDA DENGAN PENUH KASIH SAYANG


Kepakaran saya adalah untuk membantu membahagiakan dan menggembirakan golongan wanita dan para peminat produk Tupperware terutamanya di sekitar kawasan Kota Kinabalu dan Tuaran utk mendapatkan produk TUPPERWARE dgn mudah dan harga pun penuh dgn kasih sayang😁

Masalahnya ramai yg sudah join member tapi sangat malas pergi ke stokis sebab tiada masa dan bila pergi pun kalau barang2 yg hot item selalu kempunan mo dpt sebab cepat habis...so drpd anda susah payah pigi biarlah bah saya bantu anda...free delivery saja pun kawasan KK dan Tuaran, kenapa mau bersusah payah kan??😁

Dan utk yg bukan member biar saya bagitau apa beza produk plastik biasa dan produk plastik Tupperware??

Produk plastik yg biasa kebanyakkannya bila digunakan utk simpan makanan dan minuman boleh menyebarkan bahan kimia berBAHAYA dan berTOKSIK kepada kandungan makanan dan minuman sebab diperbuat drpd bahan plastik yg x selamat. Jika digunakan berulang2 kali tinggi risikonya boleh membawa kpd penyakit kanser pada kita...eee TAKUTnya..😔

Dan berlainan dengan produk Tupperware ni sgt selamat sbb ianya dibuat drpd bhn yg x bertoksik dan menepati beberapa piawaian antarabangsa. Gunalah berulang kali sbb tiada tempoh masa yg dihadkan kecuali rosak hehe...rosak2 pun jgn buang tau...sbb specialnya produk Tupperware berbanding produk plastik lain adalah kerana Tupperware menawarkan LIFE-TIME WARANTY...Best ke Best?

"Tengok saja pun sudah menjadi terapi, apatah lagi kalau dimiliki"

Tuesday, 20 September 2016

WHY RICESMART TUPPERWARE?


Fresh all the time

A must-have rice keeper for every home, the RiceSmart Tupperware rice dispenser preserves the freshness of rice with the first-in-first-out rotation method to nourish families at every meal. Stylish and compact, this smart tupperware complements any kitchen and is the best choice for any family!