Baru-baru ini buat pertama kalinya aku membuat contest di Page Rina Tupperware 2U sempena aku happy dapat ilmu Dr Azizan. Contest tersebut adalah Teka Berapa Biji Tomato dlm bekas Tupperware. Maka contest pun berlangsunglah selama 3 hari saja. Dipendekkan cerita ramailah yang join dan memberikan jawapan.
Cara nak menang?
1) Like page Rina Tupperware
2) Berikan jawapan di ruangan komen
3) Share post tersebut.
Adakah Anda Telah Buat Silap dan Akan Terus Buat Silap???
Manusia ni memang sangat sukakan benda free dan sangat teruja bila ada peraduan-peraduan seperti tersebut. Cumanya akibat terlalu gelojoh dan tidak sabar menjawab maka ada yang terus menjawab tanpa memahami dulu cara nak menang. Ada yang disuruh like page Rina Tupperware namun sebaliknya hanya like post peraduan tersebut. Adakah anda faham erti Like Page Rina Tupperware dan Like Post Ini? hehe.... Akibatnya walaupun ada yang memberikan jawapan yang tepat namun terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi syarat peraduan hehe....
Berapa kali sudah anda menyertai peraduan-peraduan seperti ini? Adakah anda pernah menang? Berapa kali sudah anda tidak mempedulikan cara nak menang tapi hanya terus bagi jawapan?
Jika anda sering mengikut peraduan tanpa memahami syarat2 peraduan maka anda telah melakukan kesilapan itu berulang kali....melakukan kesilapan itu bagus kerana kita boleh perbaiki sesuatu akibat kesilapan itu tapi mengulangi kesilapan yang sama berulang kali akan membawa kepada kegagalan. Itulah mentor I pernah kata dan melekat terus di kepala ni...
Kadang-kadang kita terlupa kita selalu membuat silap dalam sesuatu hal namun tidak berusaha memperbaikinya....kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk menegur kita kerana kita tidak sedar dengan kesilapan kita....itulah Dr.Azizan ajar dalam IMKK dan MMM. Saya terus sedar apa kesillapan yang dibuat dan insya allah berusaha untuk memperbaikinya dan bukan mengulangi kesilapan yang sama...
Bagi anda semua...jom sama2 baiki kesilapan...tapi dengan elmu ya...
Bagi anda semua...jom sama2 baiki kesilapan...tapi dengan elmu ya...
Salam Kejayaan,
Rina