LAPORAN KREDIT - BANK NEGARA MALAYSIA
Alhamdulillah buat pertama kali, tadi tengahari I menjejakkan kaki buat pertama kali ke Bank Negara (BNM) Cawangan Kota Kinabalu, Sabah...hehe umur hampir menjangkau 4 series sudah ni barulah pijak tu lantai BNM..kasian...selama ni limpas-limpas saja....mau masuk kawasan parking di dalam pun takut2...nasib baik tiada parking di luar tu kalau tidak mmg berniat mau parking di luar dan jalan kaki masuk dalam...rupanya boleh juga parking di dalam hehe...mungkin ada ramai macam saya ni kan??
Pigi sana dgn tujuan mau print tu Laporan Kredit atau lebih dikenali dengan nama glamer CCRIS...ntah apa nama penuh dan malas mau ingat hehe...CCRIS ni nanti akan digunakan untuk kelas bersama Tuan Haji Jerry (lanjutan kelas MMM Super Supreme)...
Bagi siapa yang tidak pernah tu jomlah sekali pijak lantai BNM pastu nanti bolehlah bulan2 ke sana print CCRIS...bukan saya yang ajak tu pegawai yang bertugas sana yang ajak hehe.... Layanan pelanggan para pegawai yang bertugas mmg sgt memuaskan hehe....
Mudah saja. Print sendiri saja...ada dua kiosk yang disediakan...ikut saja arahan yang disediakan, masukkan ic, scan ibu jari dan tunggu kertas laporan keluar maka SIAP!! Mudah ke mudah?
Berikut saya kongsikan maklumat yang I dapat daripada website BNM mengenai CCRIS :-)
MENGENAI LAPORAN KREDIT
Laporan Kredit mengandungi maklumat kredit pemimjam seperti yang berikut:
1. Kredit Belum Berbayar
Semua kemudahan kredit yang diperoleh pemimjam, yang masih belum berbayar, sama ada di bawah:
nama sendiri;
akaun bersama dengan peminjam lain;
nama keempunyaan tunggal atau perkongsian yang peminjamnya merupakan pemilik perkongsian atau perniagaan tersebut;
nama badan professional yang pemimjamnya merupakan anggota badan professional tersebut; atau
nama syarikat.
Kemudahan kredit yang telah dibayar sepenuhnya dikecualikan daripada laporan kredit
2. Akaun di Bawah Pemerhatian Khas
Semua kemudahan kredit belum berbayar yang di bawah pengawasan rapi institusi kewangan peserta.
3. Permohonan Kredit
Semua permohonan yang telah diluluskan kepada pemimjam dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan permohonan peminjam yang masih dalam proses untuk diluluskan.
Siapa yang boleh memohon Laporan Kredit
Institusi kewangan apabila mendapat apa-apa permohonan kredit dan semasa kajian semula kepercayaan kredit pelanggan sedia ada;
Agensi pelapor kredit berdaftar yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dengan kebenaran daripada pemimjam diperoleh terlebih dahulu;
Mana-mana individu, untuk laporan kreditnya sendiri;
Mana-mana individu untuk mendapatkan laporan kredit syarikat milik sendiri iaitu keempunyaan tunggal, perkongsian atau badan professional; dan
Mana-mana syarikat, untuk laporan kreditnya sendiri.
Lapran CCRIS ni laporan tabiat kita membayar hutang...ada tertunggak atau tidak....